kerangka teoritikal dan ulasan karya

..ok saya banyak menerima pertanyaan tentang kerangka teoritikal dan ulasan karya (chapter 2)..persoalannya bagaimanakah rupa paras kedua-dua perkara tersebut.

..dalam menyiapkan laporan praktikum ni kedua-dua perkara ini diperlukan bagi memandu ke arah menyempurnakan laporan praktikum saudara saudari..saya tidaklah mengharapkan laporan praktikum saudara saudari bertaraf phd atau masters..tetapi biarlah laporan itu senonoh dan bertatatertib..

..dulu kalau ingat saya meminta saudara saudari membuat keratan akhbar, majalah dan sebagainya..gunanya adalah untuk dijadikan bahan dalam laporan praktikum. bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam bahagian permasalahan kajian, kerangka teoritikal dan ulasan karya.

..bagi menyiapkan laporan anda perlu bermula dengan membuat ulasan karya tentang “masalah” yang anda ingin bincangkan. lupakan dulu pasal tajuk laporan praktikum anda (kita bermula dengan cara induktif-sebab anda tak pernah tahupun masalah yang ada kat situ). kenalpasti masalah apa atau perkara apa yang menarik hendak dibincangkan. selepas itu anda perlahan-lahan membuat kajian mencari kes-kes yang serupa dengan masalh yang anda hendak kaji. dunia yang ada pada hari ini bukanlah terjadi pada hari semalam, minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas…dunia pada hari ini sudah wujud sejak ratusan tahun yang lalu. industri percetakan telahpun bermula sejak 500 tahun lampau..dan sekarang dengan revolusi maklumat di mana internet menjadi sebahagian alat komunikasi manusia..seharusnya masalah mendapatkan maklumat bukan lagi satu tugas yang sukar…

..oleh itu anda perlu kaji dan buat penyelidikan tentang masalah yang hendak dikaji..selepas anda buat kajian tentang masalah tersebut..anda perlu kenalpasti apakah elemen-elemen yang mempengaruhi kepada wujudnya masalah tersebut. tentunya satu kerja keras diperlukan bagi mendapatkan elemen-lemen yang menyumbang kepada masalah tersebut.

…sekarang saya berikan satu contoh berdasarkan kepada satu cadangan laporan oleh kawan saudara saudari…

…Mohd Shahidie Bin Mohd Ghazali kawan anda bercadang nak buat laporan tentang “pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di bandar Taiping”

…apa yang perlu beliau lakukan ialah:

1.  Dalam permasalahan kajian – beliau mesti nyatakan apakah perkara yang menyebabkan/mendorong beliau melakukan kajian tentang pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di bandar Taiping? – apakah dunia sekarang sangat perihatin kepada bangunan warisan? saudara shahidie perlu memberikan contoh-contoh kes, kenyataan, peristiwa yang menunjukkan bahawa di seluruh dunia (termasuk Malaysia-jika ada) sedang berusaha memulihara bangunan warisan. sebagai contoh..UNESCO sedang berusaha memulihara dan memelihara bangunan warisan di seluruh dunia (Berita Harian, 2009). ataupun..kerajaan Malaysia menerusi kementerian tertentu sentiasa berusaha menggekalkan bangunan warisan sebagai sebahagian dari sejarah negara (Berita Harian, 2009). ….. Berhubung dengan kenyataan di atas, Taiping sebagai salah sebuah bandar tertua di Malaysia merupakan antara bandar yang paling banyak mempunyai bangunan warisan. Persoalannya, sejauhmanakah usaha pihak berkuasa tempatan (MPT) dalam memelihara dan memulihara bangunan warisan di bandar Taiping.

2. Dalam Objektif kajian- shahidie perlu nyatakan objektif kajian beliau berdasarkan kepada permasalahan di atas. Dalam permasalahan kajian yang dinyatakan di atas..shahidie cuba mengkaji usaha-usaha yang dilakukan oleh MPT…oleh itu beliau akan membuat objektif yang dapat memberi jawapan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh MPT…misalnya. objektif pertama: mengkaji usaha MPT memulihara bangunan warisan; kedua: mengkaji usaha MPT memelihara bangunan warisan; ketiga: mengkaji proses penyelenggaraan bangunan warisan oleh MPT (INI SEBAGAI CONTOH).- objektif ini SEHARUSNYA diperoleh dari ulasan karya yang saudara saudari buat (sekejap lagi kita bincang dalam topik ulasan karya).

3. Kerangka Teoritikal – saya permudahkan bahagian ini kerana praktikum ini bukanlah setaraf kajian ilmiah yang lebih tinggi. Pada umumnya kerangka teoritikal perlu menyentuh perkara seperti konsep yang digunakan, ulasan kajian lepas, kutipan data dan kaedah analisis yang digunakan…Ok berbalik kepada kajian oleh shahidie-dalam kerangka teoritikal beliau harus mendapatkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orang terdahulu tentang proses pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan seberapa banyak yang mungkin. Ini penting kerana dengan berpandukan kepada kajian tersebut akan memudahkan beliau mengendalikan kajian di Taiping….seperti yang saya nyatakan pada awal tadi..kajian mengenai pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan bukanlah hanya bermula semalam tetapi telah banyak dilakukan di seluruh dunia..oleh yang demikian, saudara shahidie perlu lihat semua ini…saya andaikan saudara shahidie sudahpun mendapatkan kajian-kajian lepas tentang tajuk praktikum yang dipilih…katakan beliau mendapat 20 kajian lepas mengenai usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan…sekarang apa yang perlu dilakukan oleh shahidie ialah:

a. kenalpasti apakah konsep atau definisi yang digunakan (dalam kes ini definisi dan konsep pemuliharaan, pemeliharaan dan bangunan warisan)

b. kenalpasti apakah elemen-elemen yang ada dalam konsep pemuliharaan, pemeliharaan dan bangunan warisan (ini akan digunakan untuk bab 3 -analisis kes kajian)

c. kenalpasti bagaimana mereka mengendalikan kajian (ini akan digunakan untuk bahagian methodologi)

d. kenalpasti kaedah analisis yang digunakan (oleh kerana praktikum ini agak terhad dari segi masa dan kepakaran, saya cadangkan analisis dibuat secara bertema iaitu berpandukan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam (b.) di atas. (ini akan digunakan untuk bab 3).

…so dalam bahagian kerangka teoritikal ini saudara shahidie hanya perlu ringkaskan TEORI (jika ada), dan KONSEP (dlm kes ini ialah pemuliharaan dan pemeliharaan) sahaja. Lain-lain perkara akan dimasukan dlm Ulasan Karya (chapter 2).

4. Ulasan karya- Dalam bahagian ini apa yang dinyatakan dalam kerangka teoritikal perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dan panjang lebar di bab 2 (ulasan karya). jika dalam bahagian kerangka teoritikal (dalam bab 1 Pengenalan) hal-hal seperti konsep dan teori dibincangkan secara ringkas tetapi dalam bab ini perkara a, b, c, dan d di atas perlu dibincangkan secara panjang lebar. Dari sini kita juga akan mendapat objektif kajian berdasarkan kepada objektif-objektif kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu (ingat kepada 20 kajian lepas). saya cadangkan pilih 3 atau 4 sahaja objektif kajian sahaja.

5. Analisis kajian- analisis kajian saya cadangkan dibuat secara bertema iaitu berdasarkan kepada apakah perkara yang diperoleh dari kerangka teoritikal. SEHARUSNYA kerangka teoritikal yang digunakan itu selari dengan objektif kajian..Ini kerana bahagian analisis kajian ini akan beroperasi untuk menjawab objektif yang telah kita tetapkan (hasil dari ulasan karya ke atas 20 kajian lepas)…Dalam kes shahidie ini, Analisis Kes Kajian beliau ialah- Proses Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Warisan di Taiping…jadi berdasarkan kepada kerangka teoritikal dan konsep yang digunakan beliau akan membincangkan proses pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di Taiping.

6. Bahagian rumusan implikasi- saya rasa anda semua tidak mempunyai masalah besar di sini.
….saya harapkan anda semua dapat membayangkan bagaimana rupa paras laporan praktikum saudara saudari..benar agak susah nak cantumkan antara teoritikal dan data empirikal (kajian kes) bagi menyiapkan laporan anda..tetapi anda harus berusaha..saya cadangkan anda tulis dulu semuanya..saya akan bantu membetulkannya walaupun agak lambat..sekarang terdapat empat lima orang yang sudah menghantar draf kepada saya..dan bagi saya itu lebih mudah untuk saya betulkan…so saya harap semua orang sudah mulakan penulisan..tulis dulu apa yang ada jangan tunggu lama-lama…

…ok good luck.

Published in: on July 23, 2009 at 11:15 am  Comments (4)  
Tags: , , , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.